Belum pun lumpur rumah mangsa banjir dibersihkan, lori balak mula beraksi kembali

Belum pun lumpur rumah mangsa banjir dibersihkan, lori balak mula beraksi kembali.

Petang ini saya menerima mesej beserta gambar daripada penduduk di DUN Lanchang mengenai lori balak berduyun-duyun keluar membawa balak dari Hutan Simpan Lakum sejak tiga hari lalu.

Sungguh sedih, ketika lumpur di rumah mangsa banjir yang tenggelam masih lagi belum kering dan kayu balak yang menerjah sebahagian rumah mereka belum dialihkan.

Pembalak, pelesen dan kroni-kroni balak politik dan kayangan sudah mula memenuhkan semula saku mereka dengan hasil pembalakan tanpa sedikitpun rasa bersalah di atas musibah yang melanda rakyat disebabkan kerakusan mereka.

Inilah Pahang negeriku yang diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu rakus yang hanya tahu menjadikan hutan dan hasil bumi sebagai mesin ATM untuk kekayaan peribadi, parti dan kroni.

Belum pun lumpur rumah mangsa banjir dibersihkan, lori balak mula beraksi kembali

BACA JUGA : Hakim Mahkamah Tinggi dedah Sekolah Vernakular diiktiraf sebelum merdeka lagi
Tular dakwaan Zakir Naik ditaja restoran mamak RM175,000 sebulan?

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)