Belasah tunang dan larikan duit RM10 ribu, lelaki diburu

Belasah tunang dan larikan duit RM10 ribu, lelaki diburu

Belasah tunang dan larikan duit RM10 ribu, lelaki kini diburu. Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul tunangnya dan melarikan kereta jenis Proton Iswara milik kakak mangsa dalam kejadian di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan juga mendapati suspek turut melarikan wang milik syarikat tunangnya berjumlah RM10,000.

Belasah tunang dan larikan duit RM10 ribu, “Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu sepatutnya memasukkan wang terbabit ke dalam akaunnya untuk dipindahkan ke akaun syarikat tempat mangsa bekerja.

Belasah tunang

“Bagaimanapun, suspek memberikan pelbagai alasan dan hal itu mengakibatkan berlaku pergaduhan antara mangsa serta tunangnya sehingga wanita itu dipukul oleh suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Izaan berkata, suspek dikatakan terus memecut kereta yang dinaiki mereka ke arah Pitas sebelum mangsa terjun keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri dan sehingga kini usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.

Kita dimaklumkan wang yang hilang hanya sebanyak RM10,000 dan bukannya RM18,000 seperti yang didakwa di laman sosial. Setakat ini, sasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial facebook berkaitan kenyataan mendakwa seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara selain turut didakwa mengikat serta membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/01/lelaki-diburu-belasah-rembat-duit-tunang-rm10000/

Jika Anda Terlepas : PKPD : Tular pekerja dipindahkan, ini penjelasan Polis