Belang Ebit Lew terdedah dalam mahkamah, tak sangka itu perangai sebenarnya

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Mahkamah Majistret menjadi perhatian semalam apabila seorang wanita berusia 40-an, s

aksi utama dalam kes pendakwah terkenal Ebit Lew, tampil membuat pendedahan mengejutkan.

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut mendakwa bahawa Ebit Lew pernah berbicara

Mengenai layanan seksual yang diinginkannya melalui panggilan video dan aplikasi WhatsApp.

Dakwaan Berkaitan Perbualan Mengenai Seks

Belang Ebit Lew terdedah dalam mahkamah, tak sangka itu perangai sebenarnya

Wanita itu mendedahkan bahawa perbualan tersebut berlaku selepas dia bertanya kepada Ebit Lew tentang masalah yang dihadapinya.

“Banyak panggilan yang saya tidak sambut, tetapi panggilan ini saya jawab.

Saya bertanya apa sebenarnya masalah dia sehingga meminta (seks) daripada orang lain, sedangkan dia sudah mempunyai isteri,” katanya.

Dia mendakwa Ebit kemudian menceritakan tentang layanan seksual yang diterimanya daripada isteri dan jenis layanan yang diinginkannya.

Berdepan 11 Pertuduhan

Ebit Lew kini berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghantar mesej dan gambar lucah antara Mac hingga Jun 2021.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Saksi dan Bukti Tambahan

Saksi ke-12, Koperal Detektif Andria Anak Empeny, seorang jurufoto Polis Diraja Malaysia, mengesahkan mengambil lapan keping gambar berkaitan kes ini.

Gambar tersebut memaparkan kawasan luar dan dalam rumah mangsa, termasuk bilik tidur utama, langsir, dan ruang tamu, di mana perbualan melalui WhatsApp didakwa berlaku.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin, dan Rasyidah Murni Adzmi. Ebit Lew pula diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan pasukan guamannya.

BACA: Ini sebab kenapa jangan mudah-mudah bahan kawan single tak jumpa jodoh