Bekas Ketua Polis Negara mohon maaf kepada Lim Kit Siang

Oleh MHDAILY

Bekas Ketua Polis Negara mohon maaf kepada Lim Kit Siang.Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Mohammed Hanif Omar hari ini memohon maaf di mahkamah terbuka untuk menyelesaikan saman fitnah terhadapnya oleh veteran DAP Lim Kit Siang.

Akhbar Sinar Harian juga bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf bertulis kepada Lim berhubung penyiaran kenyataan Hanif dalam dua artikel yang diterbitkan pada September 2018.

Lim mengemukakan tuntutan saman fitnah pada 19 Oktober 2018, ke atas Hanif berhubung kenyataannya yang mengaitkan penahanan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Sinar kemudiannya dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman Lim berhubung dengan artikel โ€˜Tun Hanif buat pendedahan DAP, PASโ€™ dan โ€˜Hanif Omar tak nyanyukโ€™, masing-masing diterbitkan pada 6 dan 11 September 2018.

Bekas

Peguam Lim, Sangeet Kaur Deo mengesahkan bahawa perintah persetujuan untuk menyelesaikan saman itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Quay Chew Soon pagi ini.

Menurut salinan draf perintah persetujuan yang dibekalkan untuk media hari ini, Hanif memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Lim, di Konvensyen Keramah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 6 September 2018.

โ€œDengan ini saya mmohon maaf berhubung kenyataan yang saya buat ke atas Lim Kit Siang semasa Konvensyen Keramah Bangsa di UiTM pada 6 September 2018. Saya menarik balik semua kenyataan saya tanpa syarat.

“Saya mengesahkan bahawa penangkapan Lim Kit Siang pada tahun 1969 bukan atas dasar bahawa dia menuntut agar Malaysia dibahagikan atau dipisahkan berdasarkan garis perkauman dan selanjutnya mengesahkan bahawa dia tidak pernah mencadangkan sedemikian,” kata Hanif dalam permohonan maaf itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592026

BACA:ย Timbalan Speaker : Ahmad Maslan yang malang