Bekas anggota Rabbani meninggal dunia kerana Covid-19

Oleh MHDAILY

Bekas anggota Rabbani meninggal dunia kerana Covid-19. Bekas anggota kumpulan Rabbani, Allahyarham Azizan Halid, 46, yang menghembuskan nafas terakhir selepas rebah dan mengadu sesak nafas pada Rabu lalu disahkan positif COVID-19.

Jenazah arwah Azizan yang dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Behrang, Perak untuk urusan pengebumian.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, jenazah sudah dibawa keluar oleh pihak hospital, kira-kira jam 7 pagi tadi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Bekas

“Keluarga mahu jenazah disemadikan di kampung halaman di Behrang. Bagaimanapun, polis memberi syarat, mereka perlu membuat laporan terlebih dahulu sebelum membawa jenazah ke kampung.

“Polis juga memaklumkan agar dapat memastikan tanah perkuburan tempat arwah akan dikebumikan menerima jenazah pesakit COVID19. Ini kerana mengikut pengalaman polis, ada pihak masjid atau tanah perkuburan tidak menerima jenazah pesakit yang positif,” katanya.

Sementara itu, isteri dan anak arwah Azizan sudah menjalani ujian calitan COVID-19 dan kini, sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu.

Pada Rabu lalu, Azizan yang juga bekas pemain perkusi Rabbani rebah di kediamannya di Pantai Dalam selepas mengadu sesak nafas kira-kira jam 8.30 pagi.

Allahyarham kemudiannya dibawa menaiki ambulans ke PPUM, namun disahkan meninggal dunia jam 10 pagi.

Arwah Azizan menyertai Rabbani pada 1997 sebelum membuat keputusan berundur diri pada 2001 difahamkan tidak mempunyai penyakit kronik, namun diserang demam sejak seminggu lalu.

Allahyarham Azizan meninggalkan seorang balu dan cahaya mata perempuan.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/07/837432/arwah-azizan-meninggal-dunia-akibat-covid-19

kalau Anda Terlepas:Β Panas !!! Puad dakwa Annuar Musa β€˜dalang’ bocorkan video mesyuarat MKT