Bekas Adun Meru meninggal dunia

Bekas Adun Meru meninggal dunia

Bekas Adun Meru meninggal dunia. Bekas Persuruhjaya Pas Negeri Selangor yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman meninggal dunia pagi ini.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Pemuda Pas negeri yang merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian doktor perubatan itu.

“Semoga keluarga dan sahabat handai seperjuangan tabah dan sabar di atas pemergian insan tercinta.

“Sama-sama kita mendoakan agar beliau dicucuri rahmat dan diampuni Allah SWT,” kata Mohamed Shukri Omar.

Bekas Adun Meru meninggal dunia

Abdul Rani yang meninggal dunia pada usia 64 tahun menjadi wakil rakyat di DUN Meru antara tahun 2008 hingga 2018.

BACA:

Berdekah bila Maryam salah sebut minum air suami, “air suam la!”

Pekerja Foodpanda berjalan sehari berkilometer jauh demi hantar makanan

CATEGORIES