Bekalan Vaksin : Kegagalan Kerajaan PN yang tidak boleh ditakwil lagi

Oleh MHDAILY

Beberapa buah negeri mahu membeli vaksin sendiri. Selangor sudah pun berbuat demikian. Menurut “Menteri Vaksin”, Khairy Jamaluddin pihak kerajaan tidak menghalang kalau negeri-negeri ingin membeli sendiri asalnya vaksin itu yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Yang dapat difahami dengan kebenaran ini dua perkara, kegagalan kerajaan menyediakan vaksin seperti mana diperlukan, kedua kemungkinan peruntukan (kewangan) sangat mengekang.

Mungkin masalah kewangan tidak sangat terdesak sebab selaku kerajaan mereka boleh cari dan kais dari mana-mana sumber. Tetapi kegagalan menyediakan vaksin untuk negeri-negeri sehingga mereka sanggup membelinya sendiri menjelaskan KEGAGALAN kerajaan PN dalam menyediakan vaksin dalam menjamin rakyat sihat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kesan daripada kegagalan menyebabkan perebakan pandemik lebih cepat lagi apabila perlindungan kepada warga yang patut divaksin (warga emas) tidak dapat dilaksanakan.

Kebenaran kerajaan negeri mendapat vaksin sendiri, dan kelambatan kerajaan menyediakannya, membuktikan kegagalan kerajaan PN yang tidak boleh ditakwil lagi. Trims.

Sumber :