Bayi bisik pada telinga ayah “nak susu” buat netizen terhibur

Bayi bisik pada telinga ayah “nak susu” buat netizen terhibur. Baby ni, buat apa pun comel kan? Walaupun nak jaga diorang tu satu benda yang memenatkan, tapi tak terasa penatnya bila tengok baby happy betul tak?

Lebih-lebih lagi kalau baby yang masih kecil baru nak belajar bercakap tu. Pelat-pelat comel geram betul!

Seperti perkongsian daripada seorang bapa ini melalui media TikToknya, gelagat bayi kecilnya menjawab pertanyaan si bapa itu telah pun membuat ramai cair!

Bayi bisik pada telinga ayah nak susu buat netizen terhibur

Menurut perkongsian si bapa bernama @hendrizalmurad ini, bayi lelakinya yang dipercayai bernama Zafri itu dengan comel telah mengajuknya selepas ditanya ‘nak susu ke?’ dengan gaya berbisik.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, Zafri kelihatan seolah-olah sedang menjawab kembali soalan si ayah itu juga dengan gaya berbisik! Macam faham je semua orang dah tidur jadi tak boleh buat bising…

Video:

Video berdurasi hanya 15 saat yang menunjukkan gelagat si comel Zafri ini telah pun mendapat perhatian ramai sehingga berjaya memperoleh sebanyak 792.5 ribu jumlah penonton!

Biasalah budak kecil ni cepat menyerap ilmu yang dia baru dapat. Sebab tu lah si comel Zafri ni ikut berbisik lepas ayah dia bisik padanya. Ger4m tengok pipi dia!

Di ruangan komen, bukan sahaja ramai yang memuji kecomelan si cilik ni, tetapi ada juga memuji kebijaksanaannya mengajuk kembali ayahnya itu.

Video:
@hendrizalmuradBila semua dh tidur,diaa pulakk kalut nak susu…adoii zafri…♬ original sound – HendrizalMurad – ..HendrizalMurad..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tonton:

Baca:

Sotong celup tepung dibuat daripada usus babi? Waspada semua..

Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak

Lupa tanya harga mee sebelum order, sekali nah sampai bil menggelupur nyawa haa…

CATEGORIES