Bawa masuk ayam import, pemain industri ayam tempatan luah perasaan

Ada orang PM Mommy. Apa Mommy rasa bila PM kata nak banjirkan pasaran ayam dengan ayam import.

Sebenarnya, Mommy ni dah tak ada rasa. Dah kebal. Struggle kami dalam dunia ayam ni hampir-hampir menyebabkan kami hilang deria. Hilang perasaan. Hampir-hampir menjadi robot.

Bawa masuk ayam import, pemain industri ayam tempatan luah perasaan

Bermula dari kenaikan harga bahan mentah untuk pembuatan dedak. Iaitu jagung dan soya. Juga kejatuhan matawang Malaysia. Menyebabkan harga dedak naik tanpa henti. Bermula dengan harga RM80/bag. Sehinggalah kini telah menjadi RM130/bag. Kenaikan terbaru adalah RM1 kelmarin.

Deria rasa juga kematu bila dulu-dulu. Merempat. Merayu mahukan vaksin. Tetapi akak dan abang kilang elektronik yang didahulukan. Menyebabkan berturut-turut kilang ayam terkena Covid. Ada yang kena 2 kali. Menyebabkan harga ayam jatuh merudum. Bila mana kilang yang terpaksa ditutup itu terpaksa melelong ayam mereka. Menyebabkan harga jatuh.Dan penternak rugi besar.

Kalau ikut hasutan syaitan. Maunya akan mengalah. Perjuangkan halal toiyibban. Perjuangan menegakkan MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB. Tapi kita nak bertuhankan syaitan. Atau bertuhankan Allah swt yang Maha Kaya.

Kalau daging boleh dimasukkan daging kanggaro, kuda dan sebagainya. Ayam juga sebegitu. Boleh saja mereka berikan ayam breeder yang dah disuntik hormon beratus kali sepanjang kehidupan mereka. Atau ayam expired. Adakah siapa yang akan memantau dinegara pengimport.

Ayam sakitkah? Ayam dipenuhi ubatan kah? Ayam gila kah? Opocot. Macam anjing gila pulak. Delete. Delete.

Malam tadi Mommy call semua team ayam. Abang Long tu Mommy tak rapat sangat. Dengan abang Ngah ok lah. Mommy tanya apa pendirian mereka. Dengan apa yang berlaku sekarang.

“Kita terpaksa bertahan. Kita bukan untung pun dengan harga ayam macam ni. Kita rugi banyak. Puluh juta. Abc pun rugi puluh juta. Jadi kita kena bertahan. Penasihat Persatuan juga sudah beri nasihat. Jangan tamak bila masuk anak ayam. Jangan masuk lebih” kata dia.

Jelas arahan diterima. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan. Ternak ayam dalam kadar yang munasabah. Jangan support peniaga yang suka buang harga. Berniaga nak cuci duit dan sebagainya. Kerana mereka ini berniaga tanpa kira untung rugi.

Bagus kejadian sidang media import ayam 200 kontena ini berlaku. Ia menyatukan lagi para penternak dan peniaga ayam. Kerana kami tahu bahawa. Tiada yang akan membantu kami. Disaat kami susah. Apatah lagi disaat kami mula nak senang.

Menteri MAFI. Bercakap tentang import ayam. Dia sepatutnya menjadi payung dan abah kepada kami. Jika Menteri KPDNHEP bercakap tentang import. Kami masih boleh terima. Apa lagi yang kita nak harapkan. PM sendiri juga membenci penternak ayam. Mengugut. Dan menganggap kami ini jahat. Mahu untung besar.

Tidak mengapa. Walk out stronger. Hidup bukan untuk merayu-rayu. Merayu-rayu hanya kepada Allah swt

Ya Allah. Aku tekad. Aku tetap perjuangkan Halal dan Toiyibban. Kau bantu aku Ya Allah. Aku mohon… bantu aku Ya Allah.. 🥰😍🥰. Ini sajalah doa penyejuk hati.

Kalau Mommy jadi PM. Mommy tak akan cakap macam Pak Long Mail cakap. Itu cakap orang kampung. “Mak hang. Kalau tak bagi tiap malam. Pak Hang kahwin lain. Pak hang dah setuju untuk pinang Kak Tijah”

After all. Barang lain melambak naik. Kenapa ayam yang dikacaukan sangat. Sayur naik. Besi naik. Minyak sawit naik. Semua naik. Ada kah barang yang turun sekarang.

Kalau pun nak dapat populariti rakyat. Rakyat juga berfikir tentang halal haram. Tambahan tiba-tiba minggu depan nak bawa masuk ayam. Minggu depan beb. Tak tahu dari China ka dari Siam, katanya.

SUMBER :

BACA JUGA : Covid-19 hanya kecil, ada dua bencana besar bakal bunuh lebih ramai – Bill Gates
Panas !!! Lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah sejak kerajaan PH dijatuhkan, apa sudah jadi?