Batal Ordinan Darurat mengejut, taktik atau penakut?
Suatu hal yang mungkin tidak disedari oleh banyak orang apa yang berlaku dalam setiap kali sidang parlimen. Apabila ada wakil daripada DAP bangun untuk mencelah, berucap membahas, maka akan bangunlah wakil daripada Umno menganggu, mengacau dan melemparkan kata-kata nesta kepada wakil rakyat DAP itu. Begitu juga sebaliknya.
Keadaan ini saya rasakan kurang baik dan tidak patut berlaku dalam dewan rakyat, dimana ia tempat membahas permasalahan rakyat dan membuat polisi kerajaan. Tetapi sikap ditunjukkan oleh kedua-dua wakil berkenaan nampaknya sikap rasis mereka.
Wakil Umno (bukan semua) sangat alergik dengan wakil DAP.
Keadaan sedikit aneh bagi saya kerana hal itu tidak berlaku kepada wakil rakyat Pas. Mereka tidak kacau atau maki hamun wakil rakyat DAP. Mereka steady sahaja dengar dengan penuh teliti sambil tersimpul-sipul sendiri.
Waruk.
Batal Ordinan Darurat mengejut, taktik atau penakut?
Bagaimana pun kalau di luar dewan mereka bukan main lagi mencabuk wakil rakyat DAP. Meletakkan kesalahan negara ini kepada DAP. Serbi serbi kerana DAp, termasuk banjir besar berlaku di Kelantan 2014 pun kerana DAP? Hehe.
Anehnya dalam dewaan mereka senyap dan tidak kata apa, tidak seperti wakil Umno. Sepatutnya mereka serang dalam dewan baru dapat ,menguji kekuatan minda dan hujah. Apakah itu merupakan kecerdikan Pas, dan kedangkalan Umno? Atau pun wakil Pas takut untuk berhadapan dengan wakil DAP secara berdepan dengan wakil DAP, melainkan berani pukul curi di luar dewan, dalam kuliyah, pentas ceramah atau medsos?
Sumber :