Bas ekspress bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol UPM

Bas ekspress bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol UPM

Sebuah bas ekspres yang membawa pesakit Covid-19 terbabit kemalangan apabila merempuh Plaza Tol UPM, Serdang di sini pada Sabtu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, bas terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.45.

Beliau berkata, siasatan berkenaan kejadian itu sedang dijalankan.

“Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu. Penumpang dan pemandu juga telah dibawa ke MAEPS untuk rawatan lanjut,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126013/BERITA/Semasa/Bas-bawa-pesakit-Covid-19-rempuh-plaza-tol