Seorang anggota tentera dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas maut digilis bas milik Jabatan Penjara Malaysia yang dalam perjalanan membawa 32 banduan di Kampung Dendang Ketereh di sini pada tengah hari Khamis.
Mangsa, Mohamad Nazerin Yahaya, 24, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari.
Bas membawa 32 banduan terbabit kemalangan di Kampung Dendang Ketereh, Kota Bharu pada tengah hari Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian.
Motosikal ditunggangi mangsa.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/123527/BERITA/Semasa/Anggota-tentera-maut-digilis-bas-bawa-banduan