Baru tahu helmet ada banyak saiz, ini tips pilih saiz yang betul

Topi keledar adalah satu kelengkapan keselamatan yang wajib dimiliki oleh setiap penunggang motosikal atau pembonceng.

Ini kerana pemakaian topi keledar bertujuan untuk melindungi bahagian kepala penunggang dalam situasi yang tidak diingini seperti kemalangan.

Selain itu, tidak memakai topi keledar merupakan satu kesalahan jalan raya dan boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Oleh itu, penting untuk memberi perhatian kepada pemilihan topi keledar yang sesuai, terutamanya dari segi saiz.

Beberapa individu masih kurang peka terhadap pemilihan saiz topi keledar yang betul. Ada yang memilih topi keledar berdasarkan penampilan luaran tanpa memperhatikan saiz yang sepatutnya. Oleh itu, SK hari ini akan berkongsi tip-tips yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @motogear.my seperti berikut.

Dalam klip berdurasi 44 saat itu, terdapat enam tip penting yang perlu diambil kira semasa membeli topi keledar.

Baca Artikel Penuh