“Baru setahun kahwin tapi dalam diam suami getback dengan ex gf sebab aku tak mengandung lagi…”

Pada zaman kini, apabila tidak dikurniakan anak ia bagai menjadi sebuah kesalahan besar pada masyarakat melayu.

Pelbagai tohmahan dan hinaan diberikan kepada pasangan seperti mandul, taktahu cara dan pelbagai lagi ayat yang mengguris hati.

Namun kisah wanita ini sedikit sedih kerana suaminya nekad berkahwin lagi satu setelah gagal mendapatkan anak kerana baru berkahwin selama setahun.

Assalamualaikum buat admin dan pembaca page ni. Aku dah selalu sangat baca luahan suami isteri dekat sini dan kali ni rasa terpanggil nak kongsi kisah rumahtangga aku.

Perkahwinan aku dan suami diuji, nama suami aku Amir.

“Baru setahun kahwin tapi dalam diam suami getback dengan ex gf sebab aku tak mengandung lagi…”

Segalanya bermula 3 tahun lepas. Aku dan Amir di satukan setelah hampir 3 tahun berkenalan.

Awalnya kami hanya kawan biasa sehinggalah Amir melamar aku dan kami pun berkahwin atas restu kedua ibu bapa kami.

Rupanya mama Amir dan ibu aku kawan baik yang dah terpisah lama. Memang m4kin gembiralah mereka. Aku dan Amir bahagia sangat. Amir melayan aku dengan baik sekali. Tak pernah sekali dia menidakkan keberadaan aku.

Kami seperti kawan baik malah segalanya berjalan lancar. Sehinggalah setahun kemudian.. Aku dan Amir pergi bercuti ke Jogjakarta. Sedang kami enak melayan romantis di tiba-tiba kami ditegur seseorang. Aku perasan muka Amir yang begitu terk3jut dengan kehadiran perempuan tu. Rupa-rupanya, dia adalah Mimi bekas kekasih Amir. Itupun setelah aku bertanyakan pada Amir berkali-kali. Aku cuba untuk positif. Itulah kali terakhir aku nampak Mimi. Keadaan berubah setelah kami pulang berbulan madu.

Amir kelihatan sungguh gembira. Senyumannya lebih dari biasa. Bila aku bertanyakan, dia hanya berkata, ‘durian runtvh’. Aku tak mengerti, kemungkinan naik gaji atau bonus, fikir aku. Dan aku cuma mengucapkan ‘alhamdulillah’.

Beberapa bulan selepas itu, Amir pulang ke rumah. Dia mengajak aku berbincang. Aku yang tidak mengerti hanya mengikut sahaja kata suami aku. “Yarah, kalau abang cakap ni abang harap sayang tak marah kan abang. Abang tak sangka perkara ini akan berlaku” Amir memegang tangan aku lalu diusap perlahan.

“Kenapa ni abang? Ada perkara yang merunsingkan abang ke?” Aku melihatnya seperti orang yang takut. “Abang nak minta izin untuk berkahwin dengan Mimi.” Terasa seperti renjatan elektrik menjalar di sekitar badan aku.

Aku menarik tangan aku dari pergelangan Amir. Aku memandang wajah dia dengan pandangan yang aku sendiri sukar tafsirkan. “Macam mana abang dengan Mimi..” Tak sanggup aku untuk meluahkan. “Abang minta maaf, Yarah. Abang tak mampu pendamkan perasaan abang padanya. Lagipun..”

“Lagipun ape??” Aku memotong.. “Abang mahukan anak. Dah setahun kita berkahwin tapi belum ada tanda yang kita akan mempunyai anak.” Aku tersentap. Airmata aku mula menitis. Amir yang perasan aku menangis, segera mendekat untuk menenangkan aku.

Pantas aku menjauh. Aku berlari masuk ke bilik tamu. Malam itu aku menangis semahu – mahunya. Tidak menyangka selama ini suami aku tidak bahagia yang sebenar-benarnya dengan aku. Dia inginkan anak yang aku tak mampu bagi.

Entahlah kami masing-masing belum pernah jumpa doktor, bagi aku masih terlalu awal, baru setahun. Besoknya, aku menemui Amir dan mengatakan jika mamanya bersetuju dengan cadangan Amir, aku akan ikut sahaja.

Malam itu, ibu mertua aku telefon. Dia marah aku sebab membenarkan Amir untuk berkahwin lagi. Mama tak sanggup jika aku mend3rita. Aku hanya memberi jawapan, “tak apa lah mama, Amir mahukan anak” dan mama hanya mengatakan itu adalah alasan sahaja.

Akhirnya 3 bulan kemudian, mereka berkahwin tanpa restu dari ibu mertua aku. Suami aku menyewakan sebuah rumah untuk Mimi selang beberapa buah rumah je dengan kami. Amir bijak membahagikan masanya untuk aku dan Mimi.

Tapi aku nampak bila dia bersama Mimi, Amir bahagia sangat. Dan aku, aku menangis semahunya. Tipulah kalau ada yang kata dia akan bertabah kalau suaminya begini. Setelah setahun berkahwin, Mimi disahkan mengandung.

Amir begitu gembira tapi tidak mamanya. Dia mahukan zuriat dari aku bukan dari Mimi. Aku memujuk ibu mertua aku supaya menerima Mimi dan bakal cucunya. Mama hanya berdiam diri. Setelah Mimi bersalin, aku dan suami aku berpisah secara baik memandangkan aku rasa aku hanyalah duri dalam perhubungan mereka.

Amir tidak mahu melepaskan aku. Lagi-lagi mamanya. Menangis – nangis ibu mertua aku memujuk tapi aku hanya mengatakan yang hubungan kami hanya di sini. Kebetulan takdir Allah, mungkin keputvsan berpisah kami adalah benar, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran sambil bekerja di syarik4t yang sama di Luar negara.

Keluarga aku tidak membantah, mungkin mereka tahu yang aku berpeluang untuk menenangkan diri. Namun aku tidak sangka yang setelah dua tahun kami berkahwin, aku disahkan hamil 6 bulan. Mungkin kerana badan aku yang kecil, keadaan perut tidak nampak lagi pula aku yang sememangnya kuat makan tak perasan selera m4kin bertambah.

Aku khabarkan perkara ini pada keluarga aku dan meminta mereka supaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Amir. Tapi Amir tahu juga kerana ibu tanpa sengaja memberitahu pada mama Amir. Kata ibu, teruk juga Amir kena marah dan dia seperti tersedar kesalahannya kerana tidak sabar dengan rezeki Allah.

Amir cuba mencari aku di luar negara dan dia memujuk aku untuk rujuk kembali. Tapi aku menolak. Aku tidak mahu meny4kiti hati Mimi. Mungkin inilah takdir aku untuk bersendiri bersama-sama anak yang aku kandung. Doakan aku ya semua. – Yarah (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Perempuan bila dah sayang semua dia serahkan, jauh sudut hati aku, aku tahu aku telah ganggu suami orang”