Baru sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama

Baru sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama

Baru sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama. Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan sejak Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap dalam lubang di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut mempunyai kedalaman 24 meter dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.

Baru sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama

Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa giat dijalankan.

Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi. Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Tonton:

Baca:

Erra Fazira terjumpa kembar seirasnya, ini reaksi primadona itu…

Siwon Super Junior jadi duta santan di Indonesia buat rakyat “angau”

Zizan Razak menitis air mata tengok kuarters dia duduk dulu, ini cerita sebenar…

CATEGORIES