Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak

Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak. Kini, perjalanan untuk menunaikan umrah sudah pun dibenarkan dengan syarat anda haruslah mendapat vaksin yang lengkap

Pasti ramai yang tidak sabar kan? Iyalah, selepas satu tahun lebih ditangguhkan akhirnya mereka membenarkan kembali pelancong luar dengan syarat yang ketat.

Situasi itu sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis berkongsi perjalanan umrah kakaknya yang bertukar menjadi insiden lucu.

Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki sedang berada di KLIA. Difahamkan, mereka berdua ingin pergi untuk menunaikan umrah.

Namun, semasa adiknya sibuk merakam dan mengucapkan selamat tinggal, wanita itu dengan tidak sengaja terlepas beg tariknya hingga terjatuh turun dari eskalator.

Situasi membuatkan keluarga wanita itu tergelak kerana tidak tahan dengan kejadian itu.

“Nasib baik zaman pakai mask, tak adalah malu sangat” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 195.6K views, 7,427 retweets dan 15K likes di Twitter.

Tonton:

Baca:

Meremang…lelaki tunjuk pacat penuh dekat kaki, lain pula yang netizen nampak

Kes dadah anak Vincent Tan, ini penjelasan Ayob Khan

Terperangkap di Pulau Perhentian, Fify Azmi dituduh sebilik dengan pelakon lelaki

CATEGORIES