Baru kahwin, lelaki jadi malu nak makan bekal di ofis, siap nasi bentuk love

Baru kahwin, lelaki jadi malu nak makan bekal di ofis, siap nasi bentuk love

Baru kahwin, lelaki jadi malu nak makan bekal di ofis, siap nasi bentuk love. Dalam keadaan ekonomi yang dilihat tidak menentu sejak kebelakangan ini, pasti kita akan cari inisiatif supaya boleh kurangkan pembelanjaan harian kita ketika keluar bekerja.

Antara salah satu inisiatif yang boleh diguna pakai adalah dengan membawa bekal ke pejabat. Tapi, tidak semua orang mempunyai masa untuk sediakan bekal pada waktu pagi, kecuali bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Pada kebiasaannya, bila dah berumah tangga, si isteri akan menyediakan bekal kepada suami untuk dibawa ke pejabat dan makan pada waktu rehat.

Kalau dah namanya air tangan isteri, tidak kiralah lauk apa pun mesti sedap dan mampu membuka selera si suami yang sedang lapar pada waktu yang sama ia dapat mengurangkan kos jika makan di kedai dan lebih menjimatkan.

Namun, tak semua lelaki berani nak bawa bekal yang telah disediakan oleh si isteri sebab taku kena ‘bahan’ dengan rakan-rakan di pejabat. Lebih-lebih lagi jika bekal yang disediakan mempunyai pelbagai bentuk yang comel.

Baru kahwin, lelaki jadi malu nak makan bekal di ofis, siap nasi bentuk love

Seperti yang tular di laman aplikasi Tik Tok milik Moss Rose, dia kongsikan momen di mana salah seorang rakan pejabat mereka yang dipercayai baru sahaja mendirikan rumah tangga dan membawa bekal bersama nasi yang berbentuk hati (love).

Menerusi perkongsian video tersebut, jelas dilihat lelaki yang dipercayai bernama Aril tersebut kelihatan malu-malu apabila salah seorang dari rakan mereka mengusik dan merakam bekal yang dibawa olehnya.

“Wah…. hebat dia punya bento, bahagia bila dah berumah tangga ya Arill,” tulis pemilik laman Tik Tok tersebut di ruangan kapsyen.

Apa kata netizen?
Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka dan ada juga yang mendakwa lelaki tersebut merupakan Omar “cucun-cucun” merupakan seorang kanak-kanak tular satu ketikan dulu dengan video menyusun bekal makanannya.

Disamping itu, jom sama-sama kita lihat apa lagi yang diperkatakan oleh netizen mengenai video tersebut menerusi tangkap layar di bawah.

“Dah besar dah Omar cucun-cucun…”

“Mula-mula memang bentuk ‘love’…”

“Mesti seminggu kena bahan…”

@mossrose1 wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil #fypシ #berandafyp #trending #trending #fyp #foodie #syukur #bento ♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

BACA:

Terkejut tengok parcel berisi serbuk putih tiba-tiba muncul depan pintu rumah

Nabila Huda belanja pakai bikini, mata tajam netizen perasan sesuatu pula

Video Lando lancar speaking english jadi tular, “patutla..tengok la dia belajar mana”

CATEGORIES