Baru je konvokesyen, pasangan mahasiswa ditangkap khalwat dalam hotel

Oleh MHDAILY

Baru je konvokesyen, pasangan mahasiswa ditangkap khalwat dalam hotel. Penat ambil jubah konvo, alasan mahasiswi ditangkap khalwat bermaksiat dalam hotel. Manusia akan memberikan seribu alasan asal dapat melepaskan diri. Bahkan lidah akan lancar menipu dan kata berbelit untuk orang lain mempercayai kata-kata mereka. Tak hairanlah, ramai menipu asalkan selamat. Namun agama tidak mengajar kita untuk terus menipu.

Tindakan beberapa pasangan bekas pelajar universiti yang mengambil kesempatan melakukan maksiat akhirnya menemui titik noktah seketika apabila ditangkap khalwat denagn pasangan masing-masing di hotel budget di Melaka semalam.

Terpaksa berehat di hotel kerana ingin mengambil jubah konvokesyen dan mengaku masih bujang sedangkan berstatus isteri orang. Itu antara alasan diberikan enam pasangan yang ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Ujong Pasir, Melaka awal pagi tadi.

Baca Artikel Penuh