‘Baru faham kenapa Khairulaming tak jual sambal Nyet dekat kedai fizikal’

‘Baru faham kenapa Khairulaming tak jual sambal Nyet dekat kedai fizikal’

‘Baru faham kenapa Khairulaming tak jual sambal Nyet dekat kedai fizikal’. Tular baru-baru ini apabila Khairul Aming selaku content creator popular negara meluahkan rasa kecewa terhadap servis kurier J&T yang gagal menguruskan barangan pelanggan dengan baik.

 

Perkongsian yang dibuat sekaligus turut membuatkan orang mengecam kurier J&T serta meminta mereka meningkatkan servis mereka khususnya buat pelanggan besar mereka seperti Khairul Aming.

Di sebalik perkongsian luahan yang dibuat, terdapat seorang netizen menerusi Twitter @ariffshah yang berpendapat sudah tiba masanya Khairul Aming meluaskan penawaran produk Sambal Nyet menerusi kedai-kedai fizikal yang tersedia di Malaysia.

'Baru faham kenapa Khairulaming tak jual sambal Nyet dekat kedai fizikal'

Hal ini sekaligus dapat mengurangkan risiko serta pergantungan Khairul Aming kepada servis kurier dan juga meningkatkan jumlah jualan Sambal Nyet. Memiliki jenama dan pemasaran yang dibuat pastinya bakal memudahkan para pelaburkan melaburkan wang mereka.

Perkongsian yang meraih pelbagai respon di kalangan netizen itu turut mendapat perhatian Khairul Aming yang tampil menyatakan sebab beliau belum bersedia untuk memasuki pasaran retail atau penawaran di kedai fizikal.

Menurut Khairul Aming, bisnes Sambal Nyet yang diusahakan masih baru iaitu bakal mencecah 2 tahun. Terlalu banyak kesilapan telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, beliau akui bisnes beliau usahakan masih kurang kapasiti untuk memasuki pasaran peruncitan.

Beliau juga turut mendedahkan terlalu banyak kesilapan yang dilalui sepanjang dua tahun ini melibatkan mesin, pembungkusan, design dan sebagainya. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran peruncitan apabila tiba masanya kelak.

Perkongsian yang dibuat Khairul Aming turut menerima sokongan segelintir netizen yang berpendapat apa yang dilakukan Khairul Aming adalah benar. Penawaran yang dibuat secara berkala dan dalam talian ini sekaligus membuatkan Sambal Nyet kekal eksklusif.

Sebelum ini, Khairul Aming turut mendedahkan turut mengusahakan membangunkan kilang kedua dalam meningkatkan pengeluarkan Sambal Nyet. Meskipun kekerapan sudah ditingkatkan berbanding sebelum ini, Sambal Nyet masih lagi menjadi rebutan ramai walaupun sudah hampir 2 taun sejak dilancarkan.

BACA:

Seksi dalam filem Pulau, “kalau tak suka jangan tengok” – Amelia

Sambal nyet selalu tumpah sebab tak ada kotak, Khairul Aming tampil jawab

CATEGORIES