Baru 2 bulan dibenarkan ganja, Thailand kini jadi ‘hura-hara’

Oleh MHDAILY

Baru 2 bulan dibenarkan ganja, Thailand kini jadi ‘hura-hara’. Hampir dua bulan lebih ganja dibenarkan untuk digunakan di Thailand, namun kebenaran itu sebenarnya menimbulkan banyak reaksi bantahan daripada golongan ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Apatah lagi, sejak penduduk Thailand dibenarkan untuk menanam pokok ganja di kediaman masing-masing dan polis tidak akan menahan sesiapa yang menghisap ganja di rumah bermula 9 Jun lalu.

Bermula tarikh itu juga, ganja secara automatik digugurkan dari senarai Kategori 5 Narkotik terlarang yang diterbitkan dalam Warta Diraja, lapor Bangkok Post.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Lebih membimbangkan apabila ganja bukan sahaja dijual di pasar dan kedai terbuka, bahkan terkini dadah itu sudah mula dijual di mesin layan diri.

Bimbang keadaan lebih melarat, 33 organisasi NGO menggesa pihak kerajaan menggariskan undang-undang ganja bagi kegunaan rekreasi serta melarang golongan kanak-kanak dan remaja menggunakan bahan yang menyebabkan ketagihan itu.

Pengarah Pusat Latihan Juvana Vokasional Baan Kanchanapisek, Ticha Na Nakorn yang mewakili gabungan NGO itu berkata, sejak ganja dibenarkan untuk ditanam dan dihisap, ramai pihak termasuk golongan doktor dan NGO melahirkan kebimbangan kesan terhadap ibu mengandung, kanak-kanak dan remaja.

Walaupun rang undang-undang (RUU) kanabis kini dalam penelitian Dewan Rakyat, orang ramai masih bebas mendapatkan produk, tumbuhan dan bunga kering yang disemai melalui kanabis tanpa sebarang peraturan khusus.

Situasi ini lebih merungsingkan kerana tiada langkah keselamatan ditetapkan seperti melarang individu menggunakan ganja sebelum memandu kereta atau berapa banyak sukatan dibenarkan untuk digunakan dalam masakan dan minuman.

β€œKita tuntut undang-undang lebih tegas mengenai penggunaan ganja sama ada untuk diproses, digunakan, diedarkan atau diiklankan.

Baru 2 bulan dibenarkan ganja, Thailand kini jadi 'hura-hara'

β€œKita juga mahu undang-undang dikuatkuasakan bagi menghalang golongan di bawah usia 20 tahun mengambil ganja sekali gus melindungi masa depan kanak-kanak,” tegasnya.

Gabungan NGO itu menganjurkan kempen bantahan dengan beberapa ahli memakai pakaian seragam sekolah dan topeng muka putih serta menggantungkan kertas daun ganja di leher sambil menyilangkan tangan.

Pengarah Pusat Kajian Ketagihan di Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Rasmon Kalayasiri, berkata, tiada undang-undang yang mengawal penggunaan kanabis dalam makanan dan jumlah bahan aktif tetrahydrocannabinol (THC) yang berlebihan dicampur dalam makanan boleh menyebabkan mabuk dan khayal.

β€œApa yang paling saya bimbang ialah penggunaan ganja dalam kalangan remaja kerana ia beracun dan boleh merosakkan sel otak.

β€œWalaupun tiada bukti jelas menujukkan ganja adalah pencetus kepada keadaan lebih teruk, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak mereka dengan menjauhkan mereka daripada dadah itu,” jelasnya,

Pada masa sama, beliau berkata, menerusi kajian dijalankan, pasukannya mendapati dasar kanabis kerajaan sebenarnya menggalakkan belia menggunakan dadah itu.

Kajian terbabit mendapati, satu peratus remaja menggunakan ganja pada 2019, tetapi jumlah itu meningkat dua peratus pada 2020 dan 2.5 peratus tahun lalu.

TUNTUT RUU GANJA

Dalam pada itu, ahli Parlimen Bhumjaithai, Supachai Jaisamut berkata, Ahli Jawatankuasa Dewan Rakyat akan meneliti RUU mengenai ganja untuk dipertimbangkan.

Katanya, draf itu sudah diterima oleh Parlimen dan sebarang semakan akan dilakukan dengan lebih teliti.

Jelasnya, RUU itu akan melarang penggunaan ganja terhadap golongan yang terdedah bahaya seperti remaja, wanita mengandung dan individu yang mempunyai kecelaruan minda.

BACA:

Terkini: Mahkamah tolak permohonan Najib kemuka bukti baru

Beri makan homeless, Ebit Lew kena β€˜sound’ dengan gangster kawasan