Barisan Peguam AMANAH tawar khidmat guaman kepada peniaga burger kena kompaun RM50K

Oleh MHDAILY

Susulan dari kisah viral seorang penjual burger yang dikatakan telah dikompaun sebanyak RM50,000 atas dakwaan berniaga melebihi had masa semasa tempoh PKP, Kanun Amanah Negeri Kelantan yang diwakili oleh peguam Encik Alawi Mohd Rashid dan Puan Norizan Ab Rahman telah menemui peniaga tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Pertemuan pada 26/4/2021 jam kira kira 10.30 malam turut dihadiri oleh beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian yang berlaku pada 25/4/2021 jam 11.10 malam di Kg Rambutan Rendang, Kota Bharu.

Kanun telah dimaklumkan oleh peniaga tersebut, Wan Mohd Faisal bin Wan Kadir, bahawa semasa polis sampai, tiada seorang pun pelanggan di situ selain beliau dan ahli keluarga sahaja. Wan Mohd Faisal juga memberitahu kami bahawa beliau merayu kepada polis tersebut supaya tidak mengeluarkan kompaun kerana beliau sedang menyediakan burger untuk dihantar ke rumah rakan rakan yang telah membuat tempahan awal.

Baca Artikel Penuh