Bapa Mertua mengaku salah ‘cabul’ menantu sendiri

Bapa Mertua mengaku salah ‘cabul’ menantu sendiri

Seorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul kehormatan isteri kepada anak tirinya, dua tahun lepas.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan 23 Mac untuk fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berumur 30 tahun.

Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mahu mencabul kehormatan mangsa yang berumur 31 tahun dengan cara memeluknya di sebuah rumah di Taman Cheras Prima, pada 2 pagi, 6 Okt 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh merupakan individu yang dikehendaki polis dalam kes itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan lelaki itu yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan. – MK

COMMENTS

Wordpress (0)