Bantuan GKP 4.0 akan mula dimasukkan ke akaun hari ini

Oleh MHDAILY

Bantuan GKP 4.0 akan mula dimasukkan ke akaun hari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 berjumlah RM500 juta mulai 21 September, Selasa depan nanti.

Katanya, bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang memberi manfaat kepada lebih satu juta perindustrian kecil dan sederhana (PKS) mikro itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh mencabar kini.

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 RM500 (lagi).

Baca Artikel Penuh