Bank Negara untung RM12.8 Billion tahun 2021, beri kerajaan RM5 Billion

Oleh MHDAILY

Bank Negara untung RM12.8 Billion tahun 2021, beri kerajaan RM5 Billion.Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2021 menunjukkan bahawa entiti berkenaan menjana sebanyak RM12.8 bilion keuntungan bersih pada tahun 2021 dengan pendapatan keseluruhan sebanyak RM14.7 bilion.

Keuntungan bersih yang direkodkan Bank Negara pada tahun lalu 25% lebih tinggi berbanding RM10.2 bilion keuntungan bersih yang dicatatkan pada tahun 2020.

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Negara Malaysia akan mengagihkan dividen sebanyak RM5 bilion kepada Kerajaan setelah membayar RM4 bilion dividen bagi tahun 2020.

Baca Artikel Penuh