Bank Negara dijangka umum kenaikan kadar faedah pinjaman dua kali

Oleh MHDAILY

Bank Negara dijangka umum kenaikan kadar faedah pinjaman dua kali. Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar faedah bermula separuh kedua tahun ini, dengan kemungkinan dua kali kenaikan sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus setiap satu, demikian menurut AmInvest Research.

Ahli ekonomi firma penyelidikan pasaran itu mengekalkan pandangan bahawa Amerika Syarikat (AS) dijangka menaikkan kos pinjamannya antara tiga hingga empat kali tahun ini dan akan terus berbuat demikian sehingga ia mencecah 2.50 hingga 2.75 peratus.

“Kami percaya bahawa momentum pertumbuhan ekonomi, peningkatan inflasi dan menangani perbezaan kadar faedah akan menjadi faktor utama yang menyokong kenaikan kadar.

Baca Artikel Penuh