Banjir serentak di Pantai Timur diramal bermula esok

Oleh MHDAILY

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan, banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Susulan perkembangan itu, JPS dalam kenyataannya, meminta semua penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan yang dijangka banjir supaya berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Mengulas lanjut katanya, banjir dijangka berlaku di Kelantan bermula jam 8 malam 31 Disember ini di Lembangan Sungai Kelantan, membabitkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

Baca Artikel Penuh