Banjir | Penuntut USIM korban kedua di Johor

Oleh MHDAILY

Seorang penuntut tahun pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan menjadi korban kedua banjir di negeri ini selepas ditemui mati lemas di Kampung Bentong di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai yang melimpah di kampung itu pada jam 12.20 tengah hari.

“Semasa kejadian, bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu, Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.

Baca Artikel Penuh