Banjir : Pemaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir di Pahang

Banjir : Pemaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir di Pahang

Bagaikan sudah menjadi rutin bagi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak untuk rakyat Pahang yang ditimpa musibah banjir.

Tunku Azizah sejak bergelar Tengku Puan Pahang sebelum ini tidak pernah ketinggalan menyantuni penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setiap kali berlaku banjir di Pahang untuk menyediakan juadah daripada air tangan baginda sendiri.

Bertempat di dewan orang ramai di Sri Damai hari ini, baginda menyediakan pelbagai juadah menarik antaranya ayam masak halia, sardin, telur masin dan kobis masak lemak untuk 128 mangsa banjir di situ.

Salah seorang penuntut KUYP, Muhammad Ariff Hashim, 22, berkata beliau banyak membaca mengenai keprihatinan Tunku Azizah memasak sendiri juadah untuk mangsa banjir dan merasa sangat bertuah kerana dapat turun padang bersama baginda pada tahun ini.

“Kami diberikan tugas yang pelbagai termasuk membersihkan bahan yang akan dimasak, memotong dan menyediakan ramuan.

“Secara tidak langsung saya dapat mempelajari menu dan cara memasak yang baru untuk diamalkan di rumah atau selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

 

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/773047/permaisuri-agong-sedia-juadah-untuk-mangsa-banjir