Banjir kilat bakal melanda di 6 negeri ini dalam tempoh 24 jam. PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran awal berhubung kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh 24 jam di enam negeri.
Di Johor, kawasan berisiko ialah daerah Batu Pahat (Sungai Punggor, Simpang Kanan, Sri Medan dan pinggiran) dan daerah Kota Tinggi (Sedili Besar dan pinggiran).
Bagi daerah Muar, amaran dikeluarkan untuk Sri Menanti, Ayer Hitam, Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan pinggiran) dan daerah Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Benut, Sungai Pinggan dan pinggiran).
Banjir kilat bakal melanda di 6 negeri ini dalam tempoh 24 jam
Di Melaka, kawasan panas ialah Melaka Tengah (Umbai, Telok Mas, Padang Temu, Alai, Ujong Pasir, Bukit Lintang, Padang Semabok, Duyong, Bukit Piatu, Bukit Katil, Bukit Rambai, Tangga Batu, Sungai Udang dan pinggiran), dan Jasin daerah (Ayer Panas, Nyalas dan pinggiran).
Di Pahang melibatkan tiga daerah iaitu Termerloh (Perak, Jenderak, Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang dan pinggir), Bera (Bandar Triang, Triang, Bera dan pinggir) dan Maran (Kertau, Chenor dan pinggir
BACA:
Proton Wira pegang takhta ‘Kereta Paling Banyak Dicuri’
Selfie dengan MK, Puteri Sarah bagi jawapan padu selepas digelar penyondol