Banjir : Air sungai Kelantan mula lepasi paras amaran

Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas, setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai tersebut ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang iaitu pada paras 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19 m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28 m).

Banjir : Air sungai Kelantan mula lepasi paras amaran

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang hari ini.

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pula berada pada paras waspada kerana trend air sungai sedang menaik dengan masing-masing merekodkan bacaan 22.43 m dan 7.16 m selain Sungai Relai di Jalan Felda Aring, Gua Musang turut berada pada paras waspada dengan trend menurun.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya semalam telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang hari ini.

BACA JUGA : Gadis upah buruh binaan perkosa, bunuh rakan sekolah sendiri
Isu Forex : Akhirnya Tun M dedah apa sebenarnya berlaku

CATEGORIES