“Bangsa lain dapat gaji RM1.4K, saya kerja 12 jam RM1K..”

Oleh MHDAILY

“Bangsa lain dapat gaji RM1.4K, saya kerja 12 jam RM1K..” Isu ditindas oleh majikan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ianya makin menjadi-jadi saban hari lagi-lagi bila pekerja yang baharu masuk adalah satu kaum, bangsa atau agama. Pastinya diberikan gaji yang berlainan dan tidak adil.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Nur Hidayah Ramli telah mendakwa ditindas oleh majikan kedai gajet yang memberi layanan diskriminasi berhubung pembayaran gaji pokok yang diterimanya berbeza dengan pekerja lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik wanita ini dilaman TikToknya @farinramleey_, Fatin meletakkan anggaran gaji pokok yang diterima adalah Rm1200, namun majikan disitu memaklumkan kepadanya gaji pokokdi tempat itu adalah sebanyak RM1000 sahaja.

Baca Artikel Penuh