Bangga tengok video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid

Bangga tengok video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid

Bangga tengok video promosi Nissan Skyline guna lagu Sheila Majid. Sejak dari dahulu lagi Malaysia mempunyai banyak ‘permata-permata’ yang berjaya menyinari pelbagai industri sehinggalah mendapat perhatian dan sokongan daripada rakyat luar negara.

Baru-baru ini netizen berasa kagum apabila mendapat tahu lagu dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Sheila Majid ketika era 90an telah digunakan dalam video iklan Nissan Skyline R32.

“Mengapa hatiku (tarakuja tarakuja-ja). Terasa terharu (tarakuja tarakuja-ja). Ku di malam ini (tarakuja tarakuja-ja). Terasa sunyi (tarakuja tarakuja-ja).

“Tinggalku sendirian tiada berteman dalam kesunyian. Dunia terang menjadi gelita cahaya indah tiada bergema,” ini antara bait-bait lagu yang kedengaran dalam video berkenaan.

@wapcar_zamil Amacam, rasa bangga tak? 😁 #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #nissan #nissanskyline #wapcar #artismalaysia ♬ Despair (抖音热播) – 初梦

Menerusi perkongsian TikTok @wapcar_zamil, Dato’ Sheila Majid merupakan salah seorang artis Malaysia yang terawal memasuki pasaran Jepun. Kebetulan pula beliau baru sahaja melancarkan album kedua di sana, jadi dua lagu yang dinyanyikan semula ‘Larut Malam’ dan ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ telah digunakan dalam iklan kereta berkenaan.

Menurut netizen, lagu itu dipercayai dipilih kerana ia dinyanyikan dalam genre ‘City Pop’, satu genre diperkenalkan pertengahan tahun 1970an dan popularitinya meningkat pada akhir 1970an-awal 1980an hingga menjadi halwa telinga rakyat Jepun pada ketika itu.

Dalam masa yang sama, orang ramai turut berbangga lagu-lagu yang dihasilkan pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Datin Amar Salmah (Saloma) masih evergreen untuk dinyanyikan semula mengikut genre peredaran zaman semasa.

BACA JUGA : 

Rumah paling mahal di dunia, belum ada billionaire sanggup beli

Tamparan coach bola tampar menjadi, “kami terus menang straight set”

Dewan Bahasa Pustaka buat peribahasa khas sempena kekalahan Liverpool

CATEGORIES