Bang Mat bantai idea saya ‘kaw-kaw’ – Muhaimin

Baru hari ini saya faham, betapa sukarnya geng Pas berselingkuh dengan Umno walaupun buat dalam gelap dan malam bulan gerhana. Bertahun-tahun berselingkuh. Sedap tapi sengsara.

Berkali-kali tidak ngaku sampai pecah pinggan mangkuk di rumah.

Setelah kami tiada, tanpa segan silu Pas mengaku telah buat hubungan gelap dengan Umno yang sekian lama dinafikan berkali-kali.

Saya cadangkan agar buat kerjasama juga dengan Umno dalam membentuk kerajaan Perak sewaktu Pas merajuk di tepi perigi buta. Tak payah buat secara sembunyi. Buat secara terbuka. Gentlemen.

Saya bagi hujah, ini demi kepentingan rakyat dan negara. Covid-19 menjejaskan banyak pihak. Kita jangan terlalu berpolitik sangat. Cukup-cukuplah. Nombor kita masih tak cukup bilangan. Pengikut sudah penat dan lelah. Rakyat sudah cemuh.

Hujah untuk kerjasama dengan Umno, tak perlu cari. Ambil je hujah Pas. Copy paste. Sifir Pas mudah. Dia buat, ok. Orang lain buat, tak boleh. Dia buat, syarie. Orang lain buat, haram.

Dulu apa yang tak dikata tentang Umno? Segunung keburukan Umno. Tapi akhirnya boleh bersama demi memperolehi kuasa. Nak kata jilat balik ludah sendiri, katalah. Buat je macam telinga kuali. Semua buah-buah yang diperjuangkan dulu, diperam. Tenggelam jadi pekasam. Pakat nak rembat, mana yang sempat.

Lagipun bukannya Amanah yang terhegeh-hegeh nak kerjasama dengan Umno. Umno dah tersepit. Bersatu kecewa dikhianati. Pas ikut frust nongeng. Umno yang mula-mula main mata dengan kami. Apa salahnya, kalau kami kenyit sekali. Sekali je. Bukan selalu pun.

Tapi Mat Sabu, Mahfuz, Dr Dzul kata, kita mesti kukuhkan kesatuan PH. Bang Mat bantai idea saya kaw-kaw. Terkesima sekejap. Jangan sesekali nak bersihkan Umno yang kotor. Umno penipu. Umno khianat. Jangan sucikan Umno. Itu jalan Umno nak pecahkan kekuatan PH. Sekarang Umno kembali pakat dengan Bersatu dan Pas. Pas pun U-turn bila Umno minta maaf.

Selesai mesyuarat, Bang Mat pegang lengan saya, ‘mana dia udang galah?’. Saya cakap, ‘mai lah ke Teluk Intan’. Salahudin kata, ‘Kukuhkan PH. Buat grand coalition’.

Terasa macam Deddy Dores berduet dengan Mayang Sari dalam lagu ‘Jangan Pisahkan’. Hindustan sungguh.

Foto : Restoran Pak Punjab, Jalan Ipoh. Sesi diaorang pujuk saya lepas mesyuarat.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)