BAMbee ini nombor plate negeri mana pula?

BAMbee ini nombor plate negeri mana pula?

NOMBOR plat kenderaan adalah antara benda yang kita lihat hampir setiap hari.

Ramai sudah tahu setiap huruf, terutama huruf awal mempunyai maksud tertentu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

BAMbee ini nombor plate negeri mana pula?

Ada juga nombor plat unik seperti Malaysia, RIMAU dan lain-lain yang dikeluarkan sempena acara atau peristiwa tertentu.

Apa yang pasti, nombor plat khas dan istimewa datang dengan harga yang boleh mencecah jutaan ringgit. Jadi jangan terkejut.

HURUF PERTAMA MENANDAKAN NEGERI

Asasnya, huruf pertama pada nombor plat di Malaysia ialah kod kepada negeri yang menjadi tempat kenderaan itu didaftarkan. Ada juga tempat yang menggunakan dua huruf.
Berikut senarai kod huruf dan negeri:
A – Perak
B – Selangor
C – Pahang
D – Kelantan
F – Putrajaya (mulai Jun 2016)
J – Johor
K – Kedah
KV – Langkawi
L – Labuan
M – Melaka
N – Negeri Sembilan
P – Pulau Pinang
R – Perlis
T – Terengganu
V – Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)
W – Kuala Lumpur (siri pertama)
Sabah dan Sarawak pula agak unik kerana menggunakan huruf kedua sebagai pengenalan nama daerah.

Contohnya:
Q – Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu
S = Sabah(ditukar daripada E)
SA, SAA, SAB, SAC, SY: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS, SSA, SM: Sandakan
ST, STA, SW: Tawau
SU: Keningau
Sementara itu, huruf H pula digunakan pada teksi diikuti kod negeri pada huruf kedua.

H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HW: Wilayah
HURUF Z KHAS UNTUK TENTERA

Huruf Z dikhaskan untuk kegunaan kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Huruf kedua pula bergantung kepada bahagian ketenteraan lain seperti di bawah:
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Ujian Diagnostik untuk Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!

NOMBOR PLAT KHAS JENAMA AUTOMOTIF

Jenama automotif tempatan juga kadangkala mengeluarkan nombor plat khas untuk model tertentu. Berikut antara nombor plat pernah ditawarkan pengeluar automotif negara.
PROTON: Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton tertentu.
Tiara
Perdana
Satria
Chancellor
Waja
MODENAS: Hanya dikeluarkan untuk motosikal Modenas tertentu.
Kriss
Jaguh
GP: Pengurusan Proton dan DRB

PERODUA: Hanya dikeluarkan untuk model Perodua tertentu.
NAZA: Hanya dikeluarkan untuk model Naza tertentu.
LOTUS: Hanya dikeluarkan untuk model Lotus tertentu.
NOMBOR PLAT KHAS SEMPENA ACARA ISTIMEWA

Ada juga siri istimewa yang tidak menggunakan kod huruf

Kebiasannya dikeluarkan sempena acara istimewa seperti sukan, ulang tahun sesebuah syarikat dan lain-lain.

  • Putrajaya: Hanya dikeluarkan ketika Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka.
  • BAMBee: Hanya dikeluarkan ketika Piala Thomas dan Uber 2000 di Kuala Lumpur.
  • SUKOM: Sempena Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
  • X OIC: Sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2003 di Kuala Lumpur.
  • XIII NAM: Sempena Sidang Kemuncak NAM 2003 di Kuala Lumpur.
  • XI ASEAN: Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2005 di Kuala Lumpur.
  • PERFECT: Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping-Pong Malaysia.
  • RIMAU: Hanya dikeluarkan sempena Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9.

MALAYSIA: Hanya dikeluarkan sempena tema sambutan Hari Kebangsaan 2018, ‘Sayangi Malaysiaku’.

SMS: Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan Sultan Kedah, DYMM Tuanku Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14.

T1M: Hanya dikeluarkan sempena ‘Transformasi 1 Malaysia’ yang diusahakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
NBOS: Hanya dikeluarkan sempena program ‘National Blue Ocean Strategy (NBOS)’.

NOMBOR PLAT DIKELUARKAN ORGANISASI/PERSATUAN/YAYASAN

Sesebuah organisasi dan yayasan juga kadangkala akan mengeluarkan nombor plat khas yang bertujuan mengumpul dana. Berikut antara nombor plat organisasi atau yayasan yang pernah dikeluarkan.

  • A1M: Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
  • G1M: Gagasan 1Malaysia bagi mendapatkan dana eksplorasi ke Gunung Everest.
  • GG: Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
  • G: Hanya dikeluarkan kepada Yayasan Lee Chong Wei.
  • US742 : Persatuan Seniman Malaysia membantu menjaga kebajikan artis-artis yang memerlukan.
  • U: iM4U Sentral
  • UUU: Yayasan Kemajuan Usahawan Malaysia digunakan untuk membantu usahawan Malaysia
  • Y: Yayasan Nur Jauhar bagi memberikan bantuan kepada komuniti kurang bernasib baik di Sabah tanpa mengira latarbelakang, agama dan kumpulan etnik.
  • VIP: Sempena Tahun Melawat Pahang 2017
  • XX & GG: Yayasan Modal Insan Harta (YMIH

BACA:Β Wanita ini yang menang bid nombor plate FF9 dengan nilai RM909,999, rupanya ada kaitan dengan 9 dragon?