Kementerian Pendidikan telah mengagihkan hampir 13,000 peranti termasuk laptop kepada murid sekolah dari kelompok B40 setakat ini, menurut menterinya Mohd Radzi Md Jidin.
Radzi berkata, baki serahan dengan sasaran 150,000 laptop akan selesai dibuat pada akhir September 2021.
“Sebanyak 12,887 unit telah diagihkan ke 95 buah sekolah…manakala 40,290 agihan lagi akan selesai pada 12 Jun.
“Baki agihan 96,823 unit lagi dijangka selesai pada akhir September 2021,” katanya ketika sidang media dalam talian hari ini.
Agihan peranti melalui inisiatif itu dibuat menerusi Yayasan Hasanah dan diumumkan ketika Belanjawan 2021 pada November lalu.
Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/577793