Bakal pengantin terima hantaran bernilai hampir RM1 juta pada majlis pertunangannya undang perhatian pengguna media sosial

Oleh MHDAILY

Bakal pengantin terima hantaran bernilai hampir RM1 juta pada majlis pertunangannya undang perhatian pengguna media sosial.

ebuah majlis pertunangan mewah satu pasangan dari Vietnam yang melibatkan hantaran berupa wang tunai

Dia juga menerima serta berpuluh-puluh utas rantai emas mendapat perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bakal pengantin terima hantaran bernilai hampir RM1 juta pada majlis pertunangannya undang perhatian pengguna media sosial

Bakal pengantin perempuan dilaporkan menerima kira-kira 50 utas rantai emas dan wang tunai berjumlah kira-kira 5 bilion dong (RM982,888).

Laporan media tempatan menyatakan, majlis pertunangan itu berlangsung Sabtu lalu yang melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dan tunangnya yang berusia 23 tahun.

Mereka dikatakan baru dua bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pengantin lelaki mendedahkan dia dan pasangannya masih belum mengira jumlah keseluruhan rantai emas yang diterima tetapi menganggarkan sekitar 50 utas.

Ibu bapa wanita berkenaan menghadiahkan 20 utas rantai leher dan 5 bilion dong secara tunai manakala rantai leher selebihnya dihadiahkan daripada saudara-mara yang lain.

Dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan dari sebuah universiti di bandar raya Ho Chi Minh.

Keluarganya memiliki perniagaan motosikal dan hartanah manakala keluarga pengantin lelaki terlibat dalam industri pakaian dan peralatan tempat tidur.

BACA:

Isteri pegawai RAMD 21 Pengkalan Chepa dedah ada aktiviti tak bermoral berlaku, pernah buat laporan tapi tiada tindakan

“Aku dukung isteri sampai unit kecemasan hospital, yang peliknya macam mana doktor kenal isteri aku?! Rupanya ini penyakit yang dia rahsiakan”