Bakal bertanding kerusi saki baki Umno-Bersatu, Pas rayu ahli bantu kewangan

Oleh MHDAILY

Bakal bertanding kerusi saki baki Umno-Bersatu, Pas rayu ahli bantu kewangan. Ahli-ahli dan para penyokong PAS dimohon untuk menyumbang kepada Tabung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka PAS Pusat.

Penamaan calon PRN Melaka pada 8 November sementara hari pengundian adalah pada 20 November.

Bendahari PAS Pusat, Dato’ Iskandar Abd Samad berkata, terdapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri dan PAS telah memutuskan untuk meletakkan calon-calon di kerusi yang tidak ditandingi Umno dan Bersatu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Dato’ Iskandar Abd Samad

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018, PAS telah bertanding di 24 kerusi Dun.

Katanya, memandangkan usaha-usaha untuk memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang akan menguntungkan Pakatan Harapan, maka bilangan kerusi DUN yang ditandingi PAS kali ini tidak sebanyak pada PRU 2018.

Beliau berkata, bagaimanapun, jumlah dana pilihan raya yang diperlukan tetap tinggi memandangkan PRN ini akan menjadi tumpuan seluruh negara.

Katanya, ini bermakna perhatian akan diberikan kepada PRN dan lebih banyak isu-isu akan dibangkitkan.

Justeru itu, tegas beliau PAS perlu mempertingkatkan gerak kerja terutamanya di dalam kempen-kempen penerangan yang sudah tentu akan melibatkan kos yang lebih tinggi.

Selain itu, katanya, PAS menyertai PRN kali ini sebagai sebuah parti yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, maka sudah tentu harapan rakyat terhadap PAS adalah berbeza ketika PAS sebagai parti pembangkang.

β€œIa sudah tentu memerlukan pendekatan yang berbeza dan kos menyertai pilihan raya sudah tentu juga berbeza,” katanya.

Menurut beliau, PRN Melaka sudah tentu akan mengambil iktibar daripada PRN Sabah, dengan itu SOP yang baharu dan lebih ketat pasti akan dikuatkuasakan.

Katanya, maka kempen kali ini adalah berbeza daripada pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.

β€œKemungkinan besar media sosial akan memainkan peranan yang penting pada PRN ini dan sudah tentu ia akan melibatkan kos tambahan.

β€œPAS perlu bersedia dengan sebarang kos tambahan akibat SOP tersebut,” katanya.

Justeru, beliau berharap, ahli-ahli dan penyokong-penyokong dapat menyumbang ke dalam akaun-akaun berikut.

Bakal bertanding kerusi saki baki Umno-Bersatu, Pas rayu ahli bantu kewangan

Para penyumbang diharap dapat memaklumkan kepada Setiausaha Eksekutif PAS Pusat di talian 019 272 5604 selepas menyumbang.

β€œSegala sumbangan akan dimanfaatkan untuk PRN dan sebarang lebihan untuk gerak kerja parti.

β€œSemoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada para penyumbang dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.

BACAΒ  JUGA :Β Pas berundur, beri laluan kepada Umno bertanding
Iktiraf Taliban : Kerajaan akan ambil kira pandangan Pas – Timb Menteri