Baim Wong masih berhubung dengan isteri ini sebabnya

Oleh FAHMI ABBAS

Pengarah dan pelakon Indonesia, Baim Wong, memilih untuk tidak membaca sebarang komen di media sosial,

Termasuk isu berkaitan rumah tangganya bersama isteri, Paula Verheoven, yang kini menjadi perhatian ramai.

Baim, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 43, mengakui dirinya seorang yang sensitif dan tidak mahu komen negatif mengganggu fikirannya.

“Ada perkara yang perlu dibaca, ada yang tidak. Saya ini sensitif.

Kalau terbaca, ia akan membuatkan saya terus memikirkannya.

Baim Wong masih berhubung dengan isteri ini sebabnya

Jadi, lebih baik saya elakkan,” kata Baim ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem sulung arahannya, Lembayung, yang berlangsung di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Walaupun berdepan pelbagai tuduhan dan tohmahan, Baim tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa.

“Saya tak mahu menyalahkan orang lain. Jangan simpan dendam kepada mereka yang bercakap. Doakan sahaja yang terbaik untuk kami,” tambahnya.

Kes Penceraian Masih Dalam Perbicaraan
Rumah tangga Baim dan Paula mula diperkatakan sejak Oktober lalu selepas Baim memfailkan perceraian terhadap isterinya. Walaupun kes sedang dalam proses perbicaraan, pasangan ini masih berkomunikasi seperti biasa.

“Kami masih berhubung. Dia pun masih WhatsApp saya. Doakan sahaja untuk kami,” ujar Baim ringkas.

Baim percaya kejujuran adalah kunci utama dalam menghadapi ujian rumah tangga mereka. Dia juga bangga dengan Paula, yang turut berlakon dalam filem Lembayung.

“Kekuatan saya adalah berdamai dengan diri sendiri. Jika sudah jujur, saya terima apa sahaja yang berlaku. Saya tiada masalah melihat Paula berlakon. Malah, dia sendiri yang meminta untuk terlibat dalam filem ini,” katanya.

Filem Lembayung
Filem arahan pertama Baim ini menampilkan Anna Jobling sebagai watak utama, Tantri, dan akan mula ditayangkan di Malaysia pada 5 Disember. Selain Anna, barisan pelakon termasuk Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasem, dan Oka Antara.

Baim dan Paula, yang berkahwin pada November 2018, dikurniakan dua anak lelaki, Kiano (3 tahun) dan Kenzo (2 tahun).

BACA: Tular video Daiyan Trisha pakai baju tembus dalam undang perhatian netizen