Baik lagi KM Pulau Pinang dari MB Kedah, kata pemimpin Umno

Oleh MHDAILY

Baik lagi KM Pulau Pinang dari MB Kedah, kata pemimpin Umno. Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai menteri besar yang paling “loklak.”

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.

Memetik laporan malaysiakini beliu berkata “Baik lagi KM (ketua menteri) Pulau Pinang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling ‘loklak’ ialah MB Kedah sekarang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad dalam satu hantaran di Facebooknya.

Ketika beliau diminta memberikan penjelasan, Puad menjelaskan bahawa hantaran itu berkenaan sindiran presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu terhadap Tunku Ismail yang juga presiden pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas kekalahan JDT di tangan KL City FC minggu lalu.

“Dia sindir JDT sebab kalah Piala Malaysia. Beliau sebagai MB dia patut ada semangat kesukanan dan memberi semangat.“Bukan menyindir senarai mata dia ada masalah dengan TMJ. Tidak sesuai sikap begitu.

Dalam pada itu beliau juga di laporkan memuji tindakan KM Pulau Pinang sebab dia sopan dari segi budi bahasa walaupun dia adalah lawan dalam politik. Sebab itu dia lebih baik dari MB Kedah,” kata Puad.

Dalam pada itu rata-rata daripada wargamaya meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini saling berbalas kenyataan berhubung bola sepak.

Sebelum itu Sanusi juga di laporkan menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Bagaimanapon kenyataan itu telah ditegur oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dan dia memohon maaf dan menjelaskan ia bukan bermaksud untuk menghina Pulau Pinang.

BACA: Panas !!! Bawa keluarga ke London guna dana MITI, ini penjelasan Azmin