Baby Shima sekolahkan netizen, “kecam saya tapi follow web lucah”

Baby Shima sekolahkan netizen, “kecam saya tapi follow web lucah”. Gara-gara klip promosi lagu dangdut baharu Datuk Seri Aliff Syukri dalam Instagram dan TikTok, nama Baby Shima selaku rakan duet usahawan tersebut sekali lagi ‘naik’ carta apabila penampilan dan aksi tariannya kembali meraih kecaman hebat.

Rentetan satu persatu kontroversi, ramai dalam netizen menuduh pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, sengaja mencetuskan sensasi untuk kekal popular.

Tidak menyangka sedutan klip muzik video (MV) lagu Baby Sayang itu menjadi topik hangat. Baby Shima bagaimanapun menafikan sengaja menarik perhatian dengan cara sebegitu.

Kata penyanyi tersebut, dia tidak boleh mengawal setiap kritikan sebaliknya menganggap mereka yang banyak menonton video sebegitu mempunyai imaginasi tinggi sehingga berfikir bukan-bukan.

“Saya tak pernah nak cetuskan sebarang isu. Apa yang saya kongsikan adalah di dalam media sosial saya dan semua itu membabitkan tuntutan kerja.

Baby Shima sekolahkan netizen, "kecam saya tapi follow web lucah"

Baca Artikel Penuh