Baby Shima meraung jerit nama Bang Jamal, ugut dedah muka

Oleh MHDAILY

Baby Shima meraung jerit nama Bang Jamal, ugut dedah muka. “Saya kini mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat tindakan dia. Memang sangat kecewa jadinya.

“Dia kata nak bekerjasama dengan saya untuk satu bisnes tapi sudahnya dia menghilangkan diri bersama wang yang diberikan,” kata penyanyi Baby Shima meluahkan rasa marahnya.

Menurutnya, wang terbabit adalah pendahuluan untuk memulakan perniagaan yang enggan didedahkannya bersama individu terbabit yang dikenali sebagai Bang Jamal menerusi seorang kawan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Baby Shima meraung jerit nama Bang Jamal, ugut dedah muka

“Saya baru beberapa bulan sahaja kenal dia. Orangnya nampak ‘good looking’ baik dan jujur tapi tak sangka itu hanya lakonannya untuk menjerat mangsa.

“Sekarang dia menghilangkan diri tak jawab panggilan yang dibuat. Senyap begitu sahaja. Saya pun dah puas cari di sana sini tapi tak jumpa.

“Saya bukan dapat wang cara mudah. Terpaksa pergi saya sini menyanyi untuk sara hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, berkata, dia tetap mahu menuntut semula haknya dengan apa cara sekali pun.

“Saya bercadang nak ambil tindakan yang lebih keras. Apapun saya nak dia pulangkan semula wang saya dalam tempoh 24 jam.

“Saya berjanji akan kejar sampai lubang cacing kerana sebelum ini saya dah ‘warning’ dia supaya jangan ambil kesempatan untuk tipu saya.

“Saya masih tunggu respon dia. Sekiranya tiada jalan penyelesaian, saya akan tularkan dia dengan buat sesi ‘live’ di media sosial Isnin ini,” katanya.

BACA JUGA:

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, ‘macam baru beli jadinya’

Padah pasang plat scuff LED GearUp, owner Alza ni merana kereta rosak

A.Aida sekolahkan CEO Awesome TV lepas kena kecam, “bayar dulu hutang!”