Azmin lawat Agong di Hospital, pemaisuri siap ambilkan gambar

Azmin lawat Agong di Hospital pemaisuri siap ambilkan gambar

Azmin lawat Agong di Hospital, pemaisuri siap ambilkan gambar. Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima ziarah daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di hospital, pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat ketika sesi menghadap.

Baginda sebelum ini dilaporkan menjalani pemeriksaan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki dan menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut pada 20 Jun.

“Tatkala menghadap, Baginda menzahirkan titah nasihat tentang usaha-usaha untuk terus meningkatkan prestasi pelaburan dan perdagangan negara.

“Sesungguhnya, Tuanku amat prihatin terhadap perkembangan ekonomi global dan menitahkan supaya MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensi berusaha gigih bagi menarik pelaburan-pelaburan berkualiti yang dapat mencipta pekerjaan untuk rakyat.

Azmin lawat Agong di Hospital, pemaisuri siap ambilkan gambar

“Titah Tuanku akan patik junjung di atas batu jemala patik.

“Patik dan pentadbiran MITI serta agensi-agensi akan terus bekerja dengan sedaya upaya demi membawa pembangunan yang lestari dan unggul ke seantero negara,” kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau turut merafak sembah ucapan terima kasih buat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mengambilkan gambar kenangan beliau bersama Al-Sultan Abdullah.

BACA:

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin

Elfira Loy kongsi video ‘live’ bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan

Tindakan abang lempar adik ke lantai buat netizen tercengang

CATEGORIES