Azmin ketuai delegasi perdagangan dan pelaburan ke Arab saudi dan UAE bermula esok

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 26 April hingga 4 Mei 2021.

Dalam satu kenyataan, MITI memaklumkan misi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan rantau Asia Barat.

“Misi ini juga diharapkan dapat mengekalkan momentum hubungan ekonomi antara Malaysia dan kedua-dua negara serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan dengan meningkatkan keyakinan komuniti perniagaan di kedua-dua negara itu.

“Kedua-dua negara ini adalah antara rakan perdagangan dan pelaburan yang paling penting di Asia Barat dan Malaysia berharap dapat meningkatkan perkongsian yang sangat mendalam ini ke tahap yang lebih strategik dalam bidang pelaburan berkualiti dan perdagangan yang pelbagai,” kenyataan itu menyebut.

Dalam kunjungan itu nanti, Azmin dijangka bertemu Dr. Majid Abdullah Alkassabi, Menteri Perdagangan dan beberapa lagi menteri kanan bagi membincangkan isu dan kerjasama dua hala utama dalam bidang kepentingan bersama, termasuk kerjasama ekonomi dua hala dan serantau, kewangan dan langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Beliau juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Eksplorasi Perniagaan (MOBE) antara UEM Edgenta Bhd., anak syarikat Khazanah Nasional Bhd., Dan ASMA Advanced Solutions LLC di Riyadh.

MoU ini menandakan usaha strategik syarikat Malaysia dalam perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan dan pasaran pengurusan fasiliti bersepadu di Arab Saudi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/azmin-ketuai-misi-perdagangan-dan-pelaburan-ke-arab-saudi-dan-uae-294991

COMMENTS

Wordpress (0)