Azmin ajak Umno selesaikan perbincangan isu 13 kerusi panas

Oleh MHDAILY

Perikatan Nasional (PN) mengajak UMNO untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi salah satu punca keretakan dalam kerjasama parti tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerajaan yang dibina bersama sejak setahun lalu.“Hanya 13 kerusi yang menjadi pertikaian. Yang dikatakan mereka menang atas tiket parti lain (UMNO) dan kemudian mereka pindah ke parti lain (Bersatu).“Tetapi pertanyaan saya ialah apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?

“Apakah kerana 13 ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama? Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh mari kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi ini. Itu pendekatan yang patut diambil,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad.

Baca Artikel Penuh