Ayob Khan sahkan Timb Speaker disiasat lagi kerana langgar SOP

Ayob Khan

Ayob Khan sahkan Timb Speaker disiasat lagi kerana langgar SOP. Polis membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon, berkaitan pelanggaran SOP selepas gambarnya sedang makan di sebuah ladang pertanian di Rengit, dekat Batu Pahat, tular baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu untuk diambil keterangan bersama dua wanita, difahamkan adalah isteri dan anaknya, yang turut kelihatan dalam gambar itu, selain pemilik ladang berkenaan.

“Kita akan panggil mereka untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 18 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya ketika diminta mengulas isu pelanggaran SOP oleh Rashid dalam sidang media.

Ayob Khan

Mengenai perkembangan video tular berkumpul makan durian di sebuah kebun di daerah sama yang turut membabitkan Rashid, beliau berkata, kertas siasatan mengenainya sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara 14 Julai lalu.

Pada masa sama, katanya, kes video tular membabitkan sekumpulan individu makan durian yang dipercayai melibatkan petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin di bandar raya ini juga telah dibuka kertas siasatan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/24/timbalan-speaker-dewan-rakyat-disiasat-langgar-sop-lagi/

jika Telrpas: Timb Speaker kata fitnah, Polis mula siasat dakwaan langgar SOP

CATEGORIES