Ayob Khan kembali ke Bukit Aman

Oleh MHDAILY

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuat kuasa, 26 Dis.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob sebagai Ketua Polis Johor, manakala Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Wan Hassan Wan Ahmad, dilantik menggantikan Kamarul.

Ayob Khan kembali ke Bukit Aman
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay akan menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketiga-tiga mereka kecuali Razarudin akan mula bertugas ke jawatan baharu masing-masing bermula 25 Jan ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Pertukaran berkenaan terkandung dalam surat bertarikh hari ini, dengan tandatangan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, dan diedarkan kepada semua Ketua Polis negeri, termasuk semua Pengarah pasukan keselamatan itu.

Pelantikan Razarudin adalah bagi menggantikan Mazlan Lazim, yang akan bersara wajib, esok.

BACA JUGA : 3 negeri dijangka alami hujan, ribut esok
Muntah paus tak original, pemilik sedia beri lebih sampel untuk ujian