Awas! Anda tidak digalak untuk buat senaman jika terima vaksin jenis ini…

Oleh MHDAILY

Anda tidak digalak untuk buat senaman jika terima vaksin jenis ini… Penerima vaksin jenis Comirnaty tidak digalakkan melakukan senaman dan aktiviti berat dalam tempoh seminggu selepas menerima suntikan vaksinasi.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, ia berikutan penerima vaksin itu cenderung mengalami radang otot jantung atau lapisan jantung (miokarditis/perikarditis) yang telah dikenal pasti di peringkat global.

Ia disebut sebagai Adverse Events of Special Interest (AESI) yang berada dalam pemantauan NPRA, bagaimanapun, Roshayati berkata, kejadian itu amat jarang berlaku.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Awas! Anda tidak digalak untuk buat senaman jika terima vaksin jenis ini…

“Melalui pemantauan NPRA, kesan ini dilaporkan pada kadar 1.2 bagi setiap juta dos vaksin Comirnaty di negara ini, iaitu lebih rendah dengan yang dilaporkan di United Kingdom sekitar enam hingga sembilan juta dos dan 10 hingga 20 bagi setiap satu juta dos di Australia.

Berlaku dalam kalangan mereka berusia 30

“Ia kerap berlaku dalam kalangan mereka berusia 30 tahun dan ke bawah.

“Oleh yang demikian, mereka yang mengalami gejala seperti sakit dada, sesak nafas dan degupan jantung laju atau tidak sekata, nasihatkan berjumpa doktor dengan segera,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin Covid-19 secara maya hari ini.

Selain radang berkenaan, kata Roshayati, kesan pembekuan darah vena dengan kiraan platelet rendah atau veneous thromboembolism with thrombocytopenia tergolong dalam AESI dan kesannya boleh berlaku susulan pengambilan vaksin AstraZeneca.

Bagaimanapun, menurutnya, kadar kekerapan berlaku di Malaysia adalah rendah iaitu kadar 0.54 peratus bagi setiap satu juta dos manakala di United Kingdom mencatatkan sekitar sembilan bagi setiap juta dos dan tiga hingga 20 bagi setiap juta di Australia.

“Penerima vaksin ini dinasihatkan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala seperti sakit kepala yang teruk dan atau penglihatan kabur, muntah, sakit dada, sakit perut, bengkak pada kaki, lebam atau berlaku pendarahan dan sukar bernafas.

“Penerima vaksin Covid-19 yang lain juga hendaklah segera merujuk ke mana-mana fasiliti kesihatan bagi mendapatkan rawatan jika mengalami sebarang kesan advers serius atau kesan berpanjangan,” katanya.

Tonton:

Baca:

Semak tarikh pembayaran i-Sayang KWSP bagi tahun 2022 sekarang!

Kak KM kena sekolah dengan Liza Hanim, selamba menyusu anak di tengah public

Ibu Syamsul Yusof luah perasaan, ” Kasihanlah anak-anak mereka…”