Awang Adek dilantik Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

Awang Adek dilantik Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

Awang Adek dilantik Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek sebagai pengerusi eksekutif baharunya berkuat kuasa 1 Jun.

Pelantikan itu dibuat selepas peletakan jawatan Datuk Syed Zaid Albar, yang mengemukakan peletakan jawatannya hanya enam bulan selepas penggalnya dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun.

Syed Zaid telah menerajui pengawal selia pasaran modal selama hampir tiga tahun enam bulan.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu (28 April), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan penghargaan terhadap sumbangan Syed Zaid semasa beliau menjadi pengerusi eksekutif SC.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar, teratur dan memastikan kesinambungan pentadbiran SC, MOF telah melantik Datuk Dr Awang Adek sebagai pengerusi eksekutif SC yang baharu selama tiga tahun — berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

“Pelantikan ini adalah mengikut Seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498),” kata MOF.

Issue On Unilodge Apartments Deliberately Raised Again – Awang Adek | eWARTA MARA

Menurut kementerian itu, Awang Adek, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bachok dan ahli UMNO, mempunyai pengalaman luas dalam pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau memiliki ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi dari University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

“Antara pengalaman beliau ialah penolong gabenor Bank Negara Malaysia, bekas ahli lembaga SC, bekas pengerusi Tenaga Nasional Bhd, ketua pengarah pertama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA), bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan dilantik timbalan menteri kewangan pada 2006 hingga 2013.

“Dengan pengalaman luas, MOF yakin Datuk Dr Awang Adek mampu memberikan sumbangan cemerlang bagi memastikan SC mencapai matlamatnya adalah untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi,” katanya.
TONTON :

BACA:

KKM bagi “green light” boleh salam tetamu raya masa ziarah, tapi..

Rupanya ini punca jem ‘melekat’ di KESAS semalam

CATEGORIES