“Awak rasa awak mampu ke? Selama ini saya yang jaga diri saya sendiri, anak, mak ayah awak dan awak? Cukup ke duit awak untuk jaga isteri baru?”

Salam Jumaat buat semua pembaca. Sebenarnya sudah lama aku pendam dan cuba nak lupakan tapi tak boleh.

Semuanya selepas dicurangi oleh suami. Sejak berkahwin, aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik mungkin sama seperti isteri – isteri yang lain.

Dalam masa yang sama aku bekerja dengan tujuan membantu suami. Rutin harian aku memang sangat padat kerana aku perlu jaga kedua orang mentua yang agak uzur.

Bangun pagi aku akan bersiap dan hantar anak ke sekolah, terus pergi kerja.

Kemudian tengahari aku akan balik rumah untuk masak sebab mentua ada di rumah, kemudian ambil anak balik sekolah dan sambung kerja. Bila petang balik kerja terus sediakan makan di rumah dan kena siapkan semua sebelum pukuI 6.30 petang.

Lepas makan malam aku sambung kerja ofis yang tak siap. Aku hanya boleh tidur selepas jam 12 malam. Hujung minggu pun jangan haraplah boleh rehat, kena kemas rumah menyapu, mop, lap cermin, lap perkakas rumah.

Baca Artikel Penuh