Atlet paralimpik Ukraine minta maaf, akaun Instagram digodam rakyat Malaysia

Atlet paralimpik Ukraine minta maaf, akaun Instagram digodam rakyat Malaysia.Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang menerima pingat emas selepas bantahan kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam.

“Akaun pertama saya telah digodam rakyat Malaysia selepas mereka menyerang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story.

Namun, laman Instagram baharu tersebut turut tidak terlepas menerima serangan bertubi-tubi daripada netizen Malaysia yang bertindak menulis pelbagai komen berbentuk kecaman selain ada yang tergamak menyamakan atlet itu dengan haiwan.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Koval kemudiannya memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai sebagai tanda merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan.

Atlet

Hantaran Instagram Story Koval yang memohon maaf beserta emoji yang seolah-olah merayu kecaman yang dilontarkan kepadanya segera dihentikan.
Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan ‘tentera bawang’ berkenaan sebagai melampui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara.

“Tidak sokong kecam media sosial atlet paralimpik Ukraine. Apatah lagi bahasa yang ‘cantik’ digunakan. Bukan semua perkara hendak dikecam sampai koyak. Berpada-padalah. Bahasa jiwa bangsa,” ujar Nur Hasliza Hamar.

“Kepada yang melampau sehingga menghina Orang Kurang Upaya (OKU) memang tidak boleh dimaafkan dan memalukan negara,” komen Rows Uwie.

“Netizen kecam berlebihan. Boleh sampai melampaui batas. Dia juga manusia. Sepatutnya bantahan kita sudah matang, bukan macam kebudakan. Pepatah Melayu sebut masa ibarat emas. Pepatah Arab pula kata masa itu ibarat pedang,” ulas Abuya Ashaari.

“Fikir akhirat sama. Jangan bangga sangat mengecam orang. Takut esok, kalau tidak kita, anak-anak kita yang jadi mangsa kecaman orang pula. Jom sama-sama muhasabah diri,” kata Aziz Baru

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/02/atlet-ukraine-mohon-simpati-rakyat-malaysia/

BACA: Melaka masuk fasa dua PPN hari ini?

COMMENTS

Wordpress (0)